SB Sekolah BijakMedia

Terma perkhidmatan

Kemas kini: 11/10/2026

1. Perkhidmatan

Sekolah BijakMedia ("sistem") disediakan oleh BijakMediaMY kepada institusi pendidikan ("sekolah") untuk mengurus rekod pelajar, yuran dan bayaran.

2. Langganan

Percubaan 3 bulan pertama dan setiap lanjutan dibayar terlebih dahulu. Pelan Penuh dibilkan setiap tahun pada hari terakhir bulan Februari berdasarkan bilangan pelajar dan staf aktif pada tarikh itu. Bayaran langganan tidak dikembalikan.

3. Selepas tamat tempoh

Apabila langganan tamat, sistem bertukar ke mod baca sahaja. Sekolah masih boleh log masuk, melihat dan mengeksport data. Invois automatik, peringatan dan bayaran online dihentikan.

4. Data

Sekolah adalah pemilik data pelajar dan ibu bapa. BijakMediaMY memproses data hanya untuk menyediakan sistem. Sekolah bertanggungjawab mendapatkan kebenaran ibu bapa sebagaimana dikehendaki Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

5. Bayaran ibu bapa

Bayaran online ibu bapa dikutip terus ke akaun CHIP milik sekolah. BijakMediaMY tidak memegang wang yuran dan tidak terlibat dalam pemulangan bayaran antara sekolah dan ibu bapa.

6. Penggunaan yang dilarang

Sistem tidak boleh digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang, menghantar mesej pukal yang tidak diminta, atau cubaan menceroboh akaun lain.

7. Had liabiliti

Sistem disediakan "sebagaimana adanya". BijakMediaMY berusaha memastikan sistem tersedia dan data disandarkan setiap hari, tetapi tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung.