SSekolah BijakMedia

Yuran sekolah yang tersusun, tanpa buku resit.

Invois bulanan keluar sendiri, ibu bapa bayar online dari telefon, dan baki setiap pelajar sentiasa tepat. Dibina untuk tadika, taska, sekolah swasta, sekolah agama, tahfiz dan pusat tuisyen.

Data kekal milik anda. Tamat langganan pun masih boleh lihat dan eksport.

Invois bulanan automatik

Tetapkan yuran ikut program. Setiap bulan invois dijana dan dihantar ke ibu bapa — tiada lagi salin tampal.

Ibu bapa bayar online

FPX dan kad terus ke akaun CHIP sekolah anda. Resit keluar sendiri dan baki dikemas kini serta-merta.

Aplikasi ibu bapa

Satu log masuk untuk semua anak: invois, resit, baki tertunggak. Boleh dipasang di skrin utama telefon.

Baki yang sentiasa betul

Bayaran sebahagian, lebihan bayaran, nota kredit dan bayaran balik diagih dengan tepat. Tiada rekod kewangan dipadam — hanya dibatalkan dengan jejak audit.

Pendaftaran online

Borang pendaftaran dengan pautan dan kod QR. Luluskan permohonan dan rekod pelajar serta penjaga dicipta sendiri.

Peringatan tunggakan

Emel peringatan automatik mengikut jadual anda, dan senarai pautan WhatsApp sedia untuk staf hantar.

Harga

Bayar melalui FPX. Harga dalam Ringgit Malaysia.

Percubaan

RM50.00
3 bulan pertama
  • Sehingga 200 pelajar aktif
  • Semua modul yuran
  • Aplikasi ibu bapa

Lanjutan percubaan

RM250.00
setiap 3 bulan
  • Teruskan selagi perlu
  • Had 200 pelajar aktif
  • Naik taraf bila-bila masa